Monday, June 20, 2011

Rumah baru punye cerita

Selepas dua tahun penantian, akhirnya aku dapat call dari developer untuk ambil kunci rumah. Actually rumah tu dah lama siap. Kalau tak silap dari bulan Disember last year lagi dah siap sepenuhnya. Ingatkan dalam bulan Februari tahun ni bolehla dapat kunci. "CF belum dapat" kata Rachel si window person setiap kali aku call. Dah dapat surat ambik kunci nak kena tunggu financier relase duit yang ke 100% pulak. Adui.. tiap-tiap hari aku follow up dengan BPP untuk release cheque. Developer ni memang hati kering. Bagi masa 21 hari aje untuk release full payment. Terlambat sehari terus charge penalti tanpa belas. Bila wife aku tahu terms & condition macam tu, dia pulak pressure aku.. dua kali tekanan...haha. Selama ni dia tak ambik pot pon pasal mende ni semua. Even masa nak apply loan govt dulu pon aku yang manage. Siap jadi reference member-member seangkatan setiap kali nak apply loan govt.

Kronologi sampai payment release; surat dari developer sampai BPP.. masuk bilik fail.. dari bilik fail masuk unit voucher.. dari unit voucher masuk unit cheque... tunggu pulak cheque untuk print out... lepas print baru masuk pigeon hole... tunggu pulak collection dari developer... cheque dah sampai ke premis developer baru la dikira full payment received... huh... alih-alih aku jugak yang kena penalti. Alasan dia sebab orang yang in-charge pergi training!? Memang terbakar aku dengan alasan tu. Apa pergi training secara rombongan ke sampai terus tutup kedai? Nasib baik setiap kali aku call diaorang layan baik-baik. Lagipun aku malas nak cerita panjang. Asalkan boleh dapat kunci rumah aku dah happy. 

Appointment ambik kunci on last week. Bila kunci rumah dah dapat di tangan barulah betul-betul lega. Tak payah nak kalut malut lagi setiap kali developer hantar surat mintak release payment untuk setiap stage. Keseluruhan penalti yang aku kena bayar dekat-dekat 1 riban jugakla... kurang dua tiga puluh hengget.


Then, masukla chapter kedua... bab nak melengkapkan rumah untuk didiami.

2 comments:

  1. mmg la dia tahu.. dia siap gi show house lg awal2 dulu.. tanya dia nk sponsor kabinet ke?

    ReplyDelete