Thursday, July 21, 2011

Terima kasih atau/dan terkesima

Uishhh.. sampai bersawang laman sesawang menumpang kayeskay ni. Lama sungguh tidak diupdate dengar entry-entry yang segar sampaikan aku sendiri pun dah lupa yang suatu ketika dulu telah ku register blog tak bertema ini.

Entry kali ini yang tak seberapa.. either or.. neither nor.. mana satu hendak dipilih.. terima kasih atau terkesima.. atau keduanya? hmmm.. tepuk dada tanya selera.

Monday, June 27, 2011

Bos pun masuk toilet

Tertarik dengan statement yang diquote member aku di ofis; 'bos pun masuk toilet'. Peribahasa alaf baru ni bermaksud, bos kita pun manusia biasa. Dia pun bukannya maksum. Andai ada kalanya dalam waktu kerja korang ada 'mengular-ngular'.. begitu jugak dengan bos. Masa kerja ada surfing internet... gaming... facebooking... blogging... kluar gi bank (online banking??)... post office... renew road tax (alasan konvensional nak kluar walaupun dah ada myEg)... actually bos pun sama beralasan yang sama.

So, apa macam? Ada rasa kurang bersalah skett eh..

Thursday, June 23, 2011

... sambungan 'Rumah baru punyer cerita'

Disebabkan banyak permintaan untuk memasukkan lebih banyak gambar rumah baru, jadi untuk tidak menghampakan peminat-peminat blog ni di serata tanah air semenjak pelancaran 2-3 hari lepas.. maka aku pun tunaikanlah permintaan itu. 
Untuk rekod, semalam saja dekat 13 kali kakak aku (kak ngah a.k.a. addy) call sampai ke tengah malam buat reverse charge merayu mintak aku upload gambar-gambar lagi.

p/s: Tadi pegi submit borang survey customer satisfaction. Untung-untung dapat hadiah lucky draw utk stay 2H1M di Putrajaya Mariott Hotel. Anak-anak aku (Nia & Husna) memang cukup suka stay kat hotel. Boleh sepah-sepah! (kat rumah dah takde ruang nak sepah lagi...ngeh)

kunci 3 set



 
kawasan rumput sekangkang kera


beli rumah dapat kereta free



jakuzzi nak letak mana ehh?


view dari master bedroom... macam mana gaya nak pasang rail  curtain ni??

tingkap seperator dry & wet kitchen... tambah kos je ni... mudha...


tangga trademark ioi

Monday, June 20, 2011

Rumah baru punye cerita

Selepas dua tahun penantian, akhirnya aku dapat call dari developer untuk ambil kunci rumah. Actually rumah tu dah lama siap. Kalau tak silap dari bulan Disember last year lagi dah siap sepenuhnya. Ingatkan dalam bulan Februari tahun ni bolehla dapat kunci. "CF belum dapat" kata Rachel si window person setiap kali aku call. Dah dapat surat ambik kunci nak kena tunggu financier relase duit yang ke 100% pulak. Adui.. tiap-tiap hari aku follow up dengan BPP untuk release cheque. Developer ni memang hati kering. Bagi masa 21 hari aje untuk release full payment. Terlambat sehari terus charge penalti tanpa belas. Bila wife aku tahu terms & condition macam tu, dia pulak pressure aku.. dua kali tekanan...haha. Selama ni dia tak ambik pot pon pasal mende ni semua. Even masa nak apply loan govt dulu pon aku yang manage. Siap jadi reference member-member seangkatan setiap kali nak apply loan govt.

Kronologi sampai payment release; surat dari developer sampai BPP.. masuk bilik fail.. dari bilik fail masuk unit voucher.. dari unit voucher masuk unit cheque... tunggu pulak cheque untuk print out... lepas print baru masuk pigeon hole... tunggu pulak collection dari developer... cheque dah sampai ke premis developer baru la dikira full payment received... huh... alih-alih aku jugak yang kena penalti. Alasan dia sebab orang yang in-charge pergi training!? Memang terbakar aku dengan alasan tu. Apa pergi training secara rombongan ke sampai terus tutup kedai? Nasib baik setiap kali aku call diaorang layan baik-baik. Lagipun aku malas nak cerita panjang. Asalkan boleh dapat kunci rumah aku dah happy. 

Appointment ambik kunci on last week. Bila kunci rumah dah dapat di tangan barulah betul-betul lega. Tak payah nak kalut malut lagi setiap kali developer hantar surat mintak release payment untuk setiap stage. Keseluruhan penalti yang aku kena bayar dekat-dekat 1 riban jugakla... kurang dua tiga puluh hengget.


Then, masukla chapter kedua... bab nak melengkapkan rumah untuk didiami.